Jumaat, 4 Oktober 2013

Squash Intercollege 2013



Pada awal minggu ini, saya mewakili kolej saya dalam sukan squash untuk perlawanan antara kolej-kolej di Universiti Putra Malaysia. Sebenarnya saya masuk perlawanan ini secara tiba-tiba kerana saya agak sibuk dengan kelas dan tugasan untuk Phd saya. Minggu lepas junior saya menelefon saya untuk meletakkan nama saya dalam pasukan squash. Saya ingatkan lama lagi. Rupa-rupanya perlawanan ini dilakukan pada minggu ini. Agak takut untuk mewakili kolej sebab saya sudah lama tidak bermain squash dekat setahun. Maka saya hanya berlatih pada tengah hari isnin sebelum perlawanan pertama pada petang itu. 

Perlawanan pertama pasukan kami, Kolej Kelima Belas (K15) bertemu dengan Kolej Tun Perak (KTP). Gementar dan takut kerana kami telah bertemu KTP pada tahun lepas pada peringkat suku akhir dan kami kalah sebab mereka ada budak MASUM. Tapi alhamdulillah kami menang 3-0 sebab pada tahun ini tiada wakil dari MASUM. Pada perlawanan kedua peringkat kumpulan pula diadakan pada hari selasa petang bertemu Kolej Keenam Belas (K16), kami menang dengan 2-1. Perlawanan terakhir pada peringkat kumpulan pula pada malamnya dan bertemu dengan Kolej Pendeta Zaaba (KPZ), kami menang 3-0.

Kami sebagai juara kumpulan C bertemu dengan naib juara Kumpulan B, Kolej Keempat Belas (K14) dalam peringkat suku akhir. Dalam perlawanan ini kami menang mudah dengan 3-0. Pada peringkat separuh akhir kami bertemu Kolej Kesebelas (K11). Perlawanan agak sengit dengan pihak lawannya ada wakil SUKMA Melaka dan mendapat sokongan padu dari pengetua K11 dan penyokong mereka. Namun kami tidak bernasib baik dengan kalah 1-2. Tetapi saya sangat-sangat seronok dapat bermain squash dan sangat puas hati dapat melangkah keseparuh akhir.

Terima kasih banyak-banyak kepada Fana sebab panggil akak untuk main pada tahun ini. Kepada junior-junior Shin, Neli dan Chew, You are The Best. Walaupun mereka tidak pernah masuk pertandingan squash namun semangat mereka sangat saya kagumi. Kepada Rayhan terima kasih menjadi pengurus pasukan ini. Walaupun awak pelajar tahun pertama, awak berani menjadi pengurus pasukan.

Khamis, 3 Oktober 2013

Kepentingan asid folik dalam diet



Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dipasaran bersifat sintetik  

B-Compleks Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin yang larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.

Manfaat Utama


  • Menukar makanan kepada tenaga-menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga
  • Melawan tekanan- meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran-menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak
  • Rambut beruban dan gugur-membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Mencegah anemia- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat
  • Meredakan senggugut- baik untuk masalah senggugut, meredakan kerisauan dan keresahan


Mengapa urin menjadi kuning??

Ini kerana B-kompleks adalah vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.



Amira
SID=963255
call/sms/whatapps
019-6960386
amiramaamor@gmail.com

Melengkapkan Keperluan Vitamin dan Mineral di dalam Badan




Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama di cipta di dunia. Asalnya lebih dikenali sebagai “Vitalize-Mineral”dan disingkatkan sebutan kepada “vita-min” dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan RDA.

Manfaat Utama

  • Penambahan tenaga segera-pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
  • Pelengkap nutrisi- Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
  •  Keupayaan sistem produktif-penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma- sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Melindungi organ- melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Tahukah anda!!

Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Amira
SID=963255
call/sms/whatapps
019-6960386
amiramaamor@gmail.com