Isnin, 13 April 2015

FAKTA DAN AUTA TENTANG KECANTIKAN



Kita selalu mendengar petua-petua dari rakan-rakan kita berkenaan kecantikan. Namun ramai yang tidak tahu adakah petua ini betul atau tidak. Mari kita selidik, fakta atau auta petua-petua itu

UBAT GIGI BOLEH HILANGKAN JERAWAT
Fakta
Adakah ubat gigi boleh menghilangkan jerawat, bergantung kepada bahannya yang boleh mengeringkan kulit. Gunakan ke atas permukaan jerawat saja, ubat gigi membantu mengeringkannya, sekaligus mempercepatkan pemulihan. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ubat gigi boleh merengsakan kulit lalu menyebabkan ia kering dan mengelupas. Jadi pastikan anda sapukan kawasan yang kecil saja iaitu  bahagian yang bermasalah.
 
JUS LEMON CERAHKAN KULIT DAN RAMBUT
Fakta
Jus lemon sememangnya boleh membantu dalam mencerahkan kulit dan rambut lebih bersinar. Bagi yang mementingkan penjagaan kulit dan rambut, gunakan jus lemon dengan berhati-hati jika ingin mendapatkan hasilnya secara semulajadi. Namun, jangan lupa bahawa jus lemon yang terkena pada kulit atau rambut terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan atau kekeringan pada kulit.

TIMUN BANTU KURANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA
Fakta
Timun sangat membantu dalam mengurangkan mata yang lebam kerana kandungan air dalam sayuran ini banyak menjadikan bersifat sejuk. Timun membantu mengurangkan lebam di bawah mata dan pada masa yang sama, memberikan kesegaran pada mata.

CUKUR ATAU ‘WAX’ LEBATKAN BULU BADAN
 
Auta
‘Wax’ atau bercukur iaitu membuang bulu badan tidak akan membuatkannya tumbuh semula lebih tebal. Sebenarnya, selepas bulu badan dicukur atau dicabut ia menjadi lebih kasar. Jadi ia kelihatan lebih tebal daripada biasa. Itu saja.

TIDAK BAGUS BERKONGSI ALAT SOLEK
Fakta
Ia terbukti bahawa alat solek yang dikongsi sebenarnya menyebabkan pengguna berkongsi bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kulit. Jadi cuba elakkan daripada meminjam sebarang alat solek seperti gincu atau bedak muka jika mahu selamat. 
BURUK PADAH PICIT JERAWAT
Fakta
Adalah satu perkara yang baik untuk membiarkan jerawat begitu saja jika tidak mahu ia dijangkiti bakteria. Jika diusik, ia boleh merebak kepermukaan lain atau membuatkan keadaannya lebih teruk. Bersihkan kulit muka dengan betul dan biarkan jerawat hilang dengan sendirinya.
SELULIT HANYA TERJADI KEPADA ORANG GEMUK
Auta
Tidak perlu mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan selulit. Semua orang mudah mendapat selulit tanpa mengira berat badan. Selulit dipengaruhi jantina, gen serta gaya hidup. Jadi, hakikat bahawa anda berbadan kecil mungkin tidak membuatkan anda selamat dari selulit.
KERAP CUCI MUKA LEBIH BAIK
Auta

Kerap kali memcuci muka hanya menyebabkan kekeringan dalam jangka masa panjang. Ini kerana bahan dalam pencuci akan menyahkan penghalang semula jadi yang melindungi kulit dari kesan alam sekitar seperti habuk. Pencucian yang betul adalah dua kali sehari iaitu siang dan malam, cukup untuk menjaga kulit dengan baik.

Jumaat, 10 April 2015

10 MAKANAN PEMBAKAR KALORI



Ramai rakan-rakan diluar sana yang mahu kurus. Mahu menurunkan berat badan. Selain bersenam, kita perlu menjaga pengambilan kalori harian kita yang masuk di dalam badan. Selain menjaga pengambilan makanan, kita juga boleh mengambil makanan yang boleh membakar kalori yang sudah ada di dalam badan kita. Di bawah antara makanan-makanan yang membakar kalori.
 
LIMAU GEDANG
 
Ia dapat meningkatkan metabolisma dan membakar lebih banyak kalori. Buah ini juga mampu membuat anda berasa cepat kenyang kerana is kaya dengan serat yang membantu menstabilkan paras gula dalam darah.

SADERI

Daun saderi adalah makanan rendah kalori. Namun, ia perlu digabungkan bersama menu sihat lain kerana sayuran ini tidak mengandungi mineral dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

BIJIRIN PENUH

Kajian menunjukkan bijirin penuh adalah lebih sihat berbanding bijirin halus kerana ia mengurangkan risiko serangan penyakit kronik. Ia juga amat baik untuk diet kerana kaya dengan vitamin, mineral dan karbohidrat, namun rendah lemak.

TEH HIJAU

Ia adalah penggalak metabolisma terbaik kerana kaya dengan antioksidan. Minuman ini juga dapat membantu untuk mengurangkan berat badan dan kolestrol serta baik untuk fungsi otak.

OMEGA-3

Kajian saintifik menunjukkan omega-3 bertindak sebagai pengawalselia metabolisme. Ia adalah asid lemak yang tidak dihasilkan oleh tubuh dan hanya boleh diperoleh melalui pengambilan ikan seperti tuna serta salmon dalam menu harian.

KOPI

Kafien yang terdapat dalam kopi sebenarnya dapat meningkatkan kadar denyutan jantung sekaligus membolehkan lebih banyak kalori dibakar. Kandungan kafien juga dikatakan mampu menjadikan individu lebih bertenaga selain memperbaiki aliran darah di bawah kulit.
 
 
AVACADO

Ia adalah pembakar lemak berganda mengandungi lemak mono tak tepu yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Buah ini juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan paras kolestrol dalam tubuh serta menyembuhkan luka.


MENU PEDAS

Pengambilan makanan pedas atau berempah dikatakan dapat membantu membakar kalori dengan cepat dan ia juga dapat mengurangkan nafsu makan.

BIJI CHIA

Ia kaya dengan protien, serat dan omega-3 yang dapat meningkatkan kadar metabolisme serta mengurangkan selera makan. Makanan kesihatan menyerupai biji selasih ini perlu direndam selama kira-kira 15 minit sebelum diminum atau dicampurkan dalam menu lain termasuk salad.


KACANG BRAZIL

Kajian mendapati ia mampu meningkatkan kadar metabolisme dengan cara menukar hormon tiroid asas kepada T3, sejenis hormon tiroid yang aktif. Ia juga dapat membantu melawan selulit dan meningkatkan sistem imun tubuh.


Khamis, 9 April 2015

CARA-CARA MENJADI JUTAWAN

Alhamdulillah, sudah lebih kurang dua tahun memasuki alam perniagaan. Ramai kawan-kawan yang bertanya apa yang perlu ada untuk memulakan perniagaan. Bagi saya, perkara penting untuk memulakan perniagaan adalah cari BIG WHY kita. Kenapa mahu berniaga. Apa yang mahu diniagakan. Dengan siapa kita mahu berniaga. Di sini saya kongsikan beberapa nasihat dari JUTAWAN INTERNET, TUAN IRFAN KHAIRI yang saya baca dari surat khabar baru-baru ini. Diharap dapat membantu rakan-rakan saya yang mahu memulakan perniagaan. Betulkan niat kita untuk menjadi jutawan di dunia untuk menjadi jutawan di akhirat nanti.


4 CARA MENJADI JUTAWAN BY IRFAN KHAIRI
 
      1. Lakukan perniagaan yang sangat anda minati.


Amat penting untuk memulakan perniagaan yang menarik minat anda, minat ini pula bukanlah minat yang dikatakan ‘saja cuba-cuba’, kemudian lihat sama ada ia menjadi atau sebaliknya. Minat ini haruslah dalam bidang yang sangat anda minati sehingga ia menjadi hobi. Dalam perniagaan, pasti ada turun naik perniagaan. Ada juga kedengaran suara negatif yang mengganggu kita daripada kawan dan juga lawan. Namun dengan minat yang mendalam dalam sesuatu bidang, kita tidak akan mudah goyang dengan kegagalan atau anasir negatif yaang mungkin datang menggangu.

2. Banyak membaca dan belajar


Ketahui bahawa untuk berjaya, ia memerlukan ilmu. Ilmu boleh diperoleh daripada buku perniagaan di pasaran dan melalui hujung jari membolehkan kita membaca pelbagai teknik dan strategi kejayaan di internet. Tiada alasan untuk tidak mencari ilmu kerana ia terdapat di mana saja. Untuk berjaya, tidak semestinya kita melakukan sesuatu yang baru yang tidak pernah lakukan orang lain.

3. Biar gagal berkali-kali
 
Keusahawanan bukanlah sesuatu yang mudah dan kebanyakan usahawan akan gagal pada tahap permulaan. Itu sesuatu yang biasa. Dalam bidang keusahawanan, boleh dikatakan jika tidak jumpa kegagalan atau kesusahan, memang tidak sah. Justeru, biasakan diri dengan kegagalan demi kegagalan yang akhirnya akan menguatkan diri anda untuk menjadi usahawan hebat.

      3. Cari sokongan sekeliling

Jauhkan diri daripada mereka yang sering berfikir dan bercakap negatif. Mereka akan menghilangkan keyakinan diri dan semangat anda. Dekatkan diri dengan mereka yang berfikiran positif dan bercakap positif. Mereka akan meningkatkan keyakinan dan semangat anda untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Mempunyai sokongan padu daripada kenalan dan keluarga di keliling pasti akan dapat membantu anda mencapai kejayaan.