Rabu, 3 September 2014

KOREA SELATAN:Persediaan untuk bercuti

Alhamdulillah. Isnin lepas baru balik dari Seoul, Korea Selatan. Balik dari bercuti semangat berkobar-kobar untuk menulis semula blog. Kesian blog dah bersawang. Saya ingin mejadikan blog ini sebagai medium  untuk menyimpan memori percutian sambil berkongsi maklumat dengan pembaca-pembaca semua. Rasa rugi pula tidak berkongsi cerita percutian-percutian yang lepas ketika pergi ke London, Britain dan Universal Studio Singapore, Pulau Sentosa, Singapura. Insyaallah jikalau ada masa saya cuba menulis percutian di sana.

KE KOREA KE KITA? Kenapa memilih tajuk ini? Pertama sebab percutian ini tidak dirancang. Antara jadi atau tidak. Saya pergi ke korea sebab meneman kawan yang ada persidangan di Seoul, Korea Selatan. Pembelian tiket adalah disaat-saat akhir disebabkan sedikit masalah dengan surat kebenaran untuk pergi ke persidangan. Sebab kedua saya memilih tajuk ini kerana saya suka menonton cerita #kekoreakekita yang dihoskan oleh Wak Doyok dan Myo vokalis Oh Chentaku. Sambil menonton, sambil berangan untuk ke sana. Akhirnya impian tercapai. Untuk bercuti ke luar negara ada beberapa benda penting yang perlu di ambil tahu.



1. Pasport

Perkara penting sebelum memulakan percutian ke luar negara adalah mesti ada pasport. Saya membuat pasport di Jabatan Immigresen Shah Alam di Kompleks PKNS Shah Alam. Untuk membuat pasport sekarang, tidak perlu membawa gambar sebab pihak imigresen akan terus mengambil gambar kita di kaunter. Pastikan wanita yang bertudung memakai tudung warna gelap dan lelaki memakai baju gelap juga. Jika tidak anda perlu memakai tudung dan blazer yang disediakan. Pastikan juga datang awal untuk mendapat nombor giliran sebab kadang kala pada pukul 10 nombor giliran akan habis untuk hari itu. Ada sesetengah tempat akan menerima pasport yang sudah siap selepas 1 jam. Kadang kala terpaksa datang keesokan hari. Maka pilih tempat yang boleh menyiapkan pasport dengan cepat seperti di Shah Alam dan Putrajaya.

2. Tiket penerbangan

Saya pernah menggunakan perkhidmatan MAS, Air Asia dan Malindo Airlines. Setiap syarikat penerbangan ada pro dan kontra. Untuk ke Seoul kami menaiki penerbangan Air Asia. Di sebabkan pembelian adalah di saat-sat  akhir, harga agak mahal sebab tiada promosi.Sepanjang pemerhatian saya, pembelian tiket untuk penerbangan di pertengahan minggu seperti hari selasa dan rabu lebih murah berbanding penerbangan pada hari jumaat dan ahad. Maka rancang perjalanan anda. Memandangkan perjalanan ke Seoul lebih kurang 6 jam, beli makanan di atas talian awal-awal. Jika beli di atas nanti mahal. Kalau tidak makan lapar pula sebab untuk mencari makanan yang halal selepas mendarat di lapangan terbang agak susah.  Untuk percutian yang lama, anda mungkin akan membawa barang dalam bagasi yang banyak. Beli siap-siap yuran kemasukan bagasi di atas talian untuk mengelakkan pembayaran yang mahal di kaunter nanti. Mengambil iktibar diatas  kejadian MH370 dan MH17, pastikan anda membeli insuran perjalanan. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Penerbangan Air Asia menawarkan tempat duduk di panggil Quiet Zone. Terletak selepas tempat duduk kelas pertama dan kelas bisnes. Sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan dalam perjalanan nanti.

3. Visa

Pastikan tempat yang anda mahu lawati memerlukan visa atau tidak. Untuk ke Korea Selatan kami tidak memerlukan visa.

4. Buku/Kamus

Memandangkan Korea Selatan majoriti penduduk berbahasa korea. Bawa siap-siap buku atau kamus kerana ia sangat diperlukan. Atau sekira ada smartphone, muat turun aplikasi kamus.

5. Duit

Saya suka menukar duit ke mata wang asing di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan Mid Valley Megamall. Kadar tukaran lebih rendah berbanding di tempat lain. Nilai matawang di sana lebih kurang RM3 bersamaan 1000 Korean Won. Sekiranya ada duit lebih selepas bercuti, tukar duit di lapangan terbang sebelum berlepas sebab kita akan mendapat duit tukaran lebih tinggi dalam Ringgit Malaysia.

6. Ubat-ubatan

Bawa sedikit ubat-ubatan dan handplaster untuk persediaan awal. Bawa juga supplemen seperti Vita-Lea Shaklee untuk membekalkan nutrisi dan tenaga di sana.
Ok. Sampai di sini entri saya untuk kali ini. Kita jumpa lagi pada entri yang baru nanti. Bubye..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan