Pada awal minggu ini,
saya mewakili kolej saya dalam sukan squash untuk perlawanan antara kolej-kolej
di Universiti Putra Malaysia. Sebenarnya saya masuk perlawanan ini secara
tiba-tiba kerana saya agak sibuk dengan kelas dan tugasan untuk Phd saya.
Minggu lepas junior saya menelefon saya untuk meletakkan nama saya dalam
pasukan squash. Saya ingatkan lama lagi. Rupa-rupanya perlawanan ini dilakukan
pada minggu ini. Agak takut untuk mewakili kolej sebab saya sudah lama tidak
bermain squash dekat setahun. Maka saya hanya berlatih pada tengah hari isnin
sebelum perlawanan pertama pada petang itu.
Perlawanan pertama
pasukan kami, Kolej Kelima Belas (K15) bertemu dengan Kolej Tun Perak (KTP). Gementar
dan takut kerana kami telah bertemu KTP pada tahun lepas pada peringkat suku
akhir dan kami kalah sebab mereka ada budak MASUM. Tapi alhamdulillah kami
menang 3-0 sebab pada tahun ini tiada wakil dari MASUM. Pada perlawanan kedua
peringkat kumpulan pula diadakan pada hari selasa petang bertemu Kolej Keenam
Belas (K16), kami menang dengan 2-1. Perlawanan terakhir pada peringkat
kumpulan pula pada malamnya dan bertemu dengan Kolej Pendeta Zaaba (KPZ), kami
menang 3-0.
Kami sebagai juara
kumpulan C bertemu dengan naib juara Kumpulan B, Kolej Keempat Belas (K14) dalam
peringkat suku akhir. Dalam perlawanan ini kami menang mudah dengan 3-0. Pada
peringkat separuh akhir kami bertemu Kolej Kesebelas (K11). Perlawanan agak
sengit dengan pihak lawannya ada wakil SUKMA Melaka dan mendapat sokongan padu
dari pengetua K11 dan penyokong mereka. Namun kami tidak bernasib baik dengan
kalah 1-2. Tetapi saya sangat-sangat seronok dapat bermain squash dan sangat
puas hati dapat melangkah keseparuh akhir.
Terima kasih
banyak-banyak kepada Fana sebab panggil akak untuk main pada tahun ini. Kepada junior-junior
Shin, Neli dan Chew, You are The Best. Walaupun mereka tidak pernah masuk
pertandingan squash namun semangat mereka sangat saya kagumi. Kepada Rayhan
terima kasih menjadi pengurus pasukan ini. Walaupun awak pelajar tahun pertama,
awak berani menjadi pengurus pasukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan