Rabu, 2 Oktober 2013

Tart Coklat Di Kenduri Akikah Bella

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari sabtu yang lepas (28/9/2013) diadakan majlis cukur jambul dan akikah anak sepupu saya Tengku Bella Arianna. Maka saya menawarkan diri untuk membuat tart coklat. Selalunya bagi masyarakat jawa, kami memang akan membawa sedikit barangan seperti kuih muih untuk memringankan beban tuan rumah selain untuk bertukar-tukar hidangan. Maka pada malam jumaatnya saya dengan dibantu anak-anak buah saya Farisha dan Afrina memulakan membuat tart coklat. Amat mudah sekali  untuk membuat tart ini.
 
Bella dengan Nanny Su, Nanny Iha dan Aunty Mira

Bahan-bahan
Tart shell
Coklat kompaun (Beryl’s)
Badam

Pertama sekali cairkan coklat kompaun dengan cara ‘double boiling” iaitu dengan cara panaskan air di dalam periuk dan selepas itu letakkan mangkuk kaca tahan panas di atasnya. Kacau sehingga cair. Ada sesetengah petua mengatakan letakkan sedikit marjerin di dalam coklat untuk biar nampak berkilat. Di rumah tiada marjerin, maka saya letak minyak masak sedikit. 
Badam tadi boleh dibakar di dalam oven sekejap atau ‘disangan’ atau lebih dikenali sebagai goreng tanpa minyak. 

Selepas itu boleh dimulakan proses meletakkan coklat di dalam tart shell dan dihias dengan badam yang sudah disangan sbentar tadi.

Taraaa..... sudah siap tart coklat...senang, mudah dan yang pasti sedap. 

 



Selain membuat dengan meletakkan coklat anda boleh meletakannya dengan coklat nuttela, jem atau kacang mentega (peanut butter).

Sesiapa yang berminat untuk membeli tart shell boleh hubungi saya
Nor Amirah
019-6960386
COD area serdang, putrajaya, shah alam dan klang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan