Rabu, 22 Januari 2014

SEMAKIN SAKIT SELEPAS PENGAMBILAN SUPPLEMENT

Pernah tak selepas pengambilan supplement, badan rasa makin sakit, demam, loya, cirit birit dan muka makin banyak jerawat keluar. Padahal kita telah dijanjikan dengan mengambilan supplement muka makin cantik, badan makin lebih bertenaga dan badan makin kurus. Sebenarnya simtom-simtom ini adalah disebabkan oleh healing crisis atau krisis penyembuhan.


Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?  
Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
 
Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? Berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya. Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya. 

Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
  • Sakit kepala yang melampau, tekanan darah tinggi - petanda menyahtoksin
  • Demam, tidak cukup rehat - Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
  • Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar - petanda menyahtoksin
  • Kembung perut - petanda sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir - Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
  • Penghasilan lendir seperti selsema - Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak, kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
  • Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah
  • Rasa sakit pada otot dan sendi - Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan - Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah
  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif - Sistem saraf yang lemah
  • Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak - penyakit buasir
  • Lapar, Pening - Tekanan darah rendah, anaemia
  • Loya, sembelit, tersedu - Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
  • Edema (membengkak) - Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Selasa, 21 Januari 2014

JERAWAT PENUNJUK PENYAKIT??



Sedar tak diantara kita yang mengalami masalah jerawat hanya di kawasan tertentu sahaja. Ada yang di dahi, pipi dan kadan-kadang di dagu sahaja. Berdasarkan ilmu perubatan cina kuno, setiap organ dalam kita berhubung dengan kawasan yang tertentu pada muka. Oleh itu , cuba perhatikan pemetaan muka untuk kawasan jerawat dan maksud disebaliknya seperti yang dijelaskan di bawah ini.
 

Zona 1 dan 3 : Sistem Pencernaan

Kawasan ini menandakan terlalu banyak lemak di dalam badan. Haba badan yang melampau serta pengedaran darah yang tidak baik juga menjadi punca.Untuk mengurangkannya ialah dengan pengambilan air kosong dengan banyak atau minum teh hijau. Selain itu boleh makan makanan yang bersifat sejuk seperti timun, lobak, strawberi, tauhu dan kunyit. Amalkan tidur awal dan bangun awal untuk memastikan tidur yang lebih cukup.

Zona 2 : Hati

Berpunca dari minuman beralkohol, makanan berminyak dan makanan yang berasaskan susu. Selain itu, alergik terhadap makanan tertentu juga menyebabkan jerawat pada kawasan ini. Jika jerawat di batang hidung, ia bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika dihujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Dan jika di salah satu hujung hidung pula  boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah. Untuk mengurangkannya adalah dengan mengambil supplement untuk hati dan mengambil protien seperti ayam, daging dan soya terutamanya yang Non-GMO Soy Protien.

Zona 4 dan 10 : Buah Pinggang

Kawasan ini berhubung kait dengan buah pinggang. Untuk itu perbanyakkan pengambilan air kosong. Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kaffien terutamanya kopi, lebih baik tidak menyentuhnya sama sekali.

Zona 5 dan 9 : Sistem Pernafasan

Sistem pernafasan sedang terganggu terutamanya kepada perokok. Kemungkinan yang lain adalah kerana reaksi alergik dan terlalu banyak mengambil makanan yang bersifat panas untuk tubuh. Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal. Perbanyakkan berjalan kaki untk mendapatkan udara segar, makan makanan yang bersifat sejuk seperti buah dan sayur. Faktor kebersihan juga menjadi punca seperti bantal dan telefon yang kotor.

Zona 6 dan 8 : Mata dan buah pinggang

Berkaitan dengan mata dan ginjal. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat, jus dengan gula, kopi dan teh yang manis, kurangkan risiko yang ada dengan meminum air kosong.

Zona 7 

Banyak punca yang menjadi penyebabnya, diantaranya adalah diet yang tak seimbang, sembelit, kembung, peredaran darah yang kurang baik, dan gangguan pencernaan. Kurangkan pengambilan makanan yang peda makanan berasaskan daging, dan bergaram. Lakukan olahraga teratur, perbanyak menghirup udara pagi, makan buah dan sayur, kacang-kacangan, dan Omega 3.

Zona 11 dan 13 : Hormon

Ketidakseimbangan hormon disebabkan stress membuat jerawat timbul pada kawasan ini. Tidurlah 7-8 hari setiap harinya, lakukan olahraga atau meditasi, makan sayur dan buah yang cukup, serta olahraga yang teratur.

Zona 12 : Perut

Banyak makanan tidak sihat telah masuk ke perut sehingga menyebabkan gangguan pecernaan. Untuk itu, tambahkan makanan mengandung serat pada menu harian, serta lakukan olahraga teratur. Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Zona 14 : Sakit

Tubuh badan sedang melawan bakteri, sehingga menyebabkannya badan mulai lemah. Tenangkan badanmu sejenak bila mulai terasa sesuatu, perbanyaklah minum air mineral untuk membantu tubuh tenang dan semakin sihat.

Tambahan 

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.