Khamis, 7 November 2013

Haneesa La Shoppe Tart Shell

Selain saya menjual supplement SHAKLEE, saya juga menjual tart shell. Pada mulanya tart shell ini diusahakan oleh sahabat baik saya Puan Lela Khalil secara sambilan untuk mencari pendapatan sampingan. Sebagai sahabat, saya membantu menjadi pengedar di kawasan Klang, Kuala Lumpur dan Serdang. Namun selepas hari raya lepas, alhamdulillah tempahan semakin banyak sehingga tidak mampu untuk memenuhi permintaan. Kasihan pula melihat sahabat saya ini memenuhi semua permintaan. Pada satu hari kami ber'whatsapps' seperti biasa sambil meluahkan masalah masing-masing (kami suka berkongsi masalah bersama-sama) dan tiba-tiba Pn Lela berkata ingin mencari rakan kongsi untuk bersama-sama memajukan perusahaan tart shell ini. Saya dengan secara seloroh menawarkan diri. Akhirnya, bermula hanya sekadar menjadi pengedar, saya sekarang menjadi rakan kongsi untuk perusahaan tart shell ini. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak lela kerana memberi peluang kepada aku. Insyaallah, kita akan sama-sama memajukan perusahaan tart shell ini sehingga mampu di eksport ke luar negara.






8 perkara yg anda perlu tahu tentang Haneesa La Shoppe (diambil dari fanpage Haneesa La Shoppe):

1) Telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 18/05/2013.

2) Nama Haneesa La Shoppe diambil sempena nama ibu pemilik, Hanisah Binti Walamah.

3) Pada 10/10/2013 Haneesa La Shoppe secara rasminya dimiliki oleh 2 org rakan kongsi (Lela & Mira). Kami lahir tahun 1985.

4) Kami (Lela & Mira) bersahabat baik sejak melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang kimia di UPM (2004-2007).

5) Saya (Lela) sebelum ini merupakan suri rumah sepenuh masa manakala Mira kini masih menuntut di peringkat PhD dalam bidang kimia di UPM.

6) Tempat operasi pembuatan tart shell ini adalah di rumah saya (Lela) di Puchong dan sedang dalam perancangan utk berpindah ke kedai.

7) Bermula 17 September 2013, kami telah memulakan sistem pengedar (setiap pembelian runcit perlu melalui pengedar).






With Love,
Amira


Tiada ulasan:

Catat Ulasan