Sedar tak diantara kita yang mengalami masalah jerawat
hanya di kawasan tertentu sahaja. Ada yang di dahi, pipi dan kadan-kadang di
dagu sahaja. Berdasarkan ilmu perubatan cina kuno, setiap organ dalam kita
berhubung dengan kawasan yang tertentu pada muka. Oleh itu , cuba perhatikan
pemetaan muka untuk kawasan jerawat dan maksud disebaliknya seperti yang
dijelaskan di bawah ini.
Zona 1 dan 3 : Sistem Pencernaan
Kawasan ini menandakan terlalu banyak lemak di dalam
badan. Haba badan yang melampau serta pengedaran darah yang tidak baik juga
menjadi punca.Untuk mengurangkannya ialah dengan pengambilan air kosong dengan
banyak atau minum teh hijau. Selain itu boleh makan makanan yang bersifat sejuk
seperti timun, lobak, strawberi, tauhu dan kunyit. Amalkan tidur awal dan
bangun awal untuk memastikan tidur yang lebih cukup.
Zona 2 : Hati
Berpunca dari minuman beralkohol,
makanan berminyak dan makanan yang berasaskan susu. Selain itu, alergik
terhadap makanan tertentu juga menyebabkan jerawat pada kawasan ini. Jika
jerawat di batang hidung, ia bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah.
Jika dihujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem
penghadaman yang tidak normal. Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem
reproduksi yang mempunyai masalah. Untuk mengurangkannya adalah dengan
mengambil supplement untuk hati dan mengambil protien seperti ayam, daging dan
soya terutamanya yang Non-GMO Soy Protien.
Zona 4 dan 10 : Buah Pinggang
Kawasan ini berhubung kait dengan buah pinggang. Untuk
itu perbanyakkan pengambilan air kosong. Kurangkan pengambilan minuman yang
mengandungi kaffien terutamanya kopi, lebih baik tidak menyentuhnya sama
sekali.
Zona 5 dan 9 : Sistem Pernafasan
Sistem pernafasan sedang
terganggu terutamanya kepada perokok. Kemungkinan yang lain adalah kerana
reaksi alergik dan terlalu banyak mengambil makanan yang bersifat panas untuk
tubuh. Jika
jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda
masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi
kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal. Perbanyakkan
berjalan kaki untk mendapatkan udara segar, makan makanan yang bersifat sejuk
seperti buah dan sayur. Faktor kebersihan juga menjadi punca seperti bantal dan
telefon yang kotor.
Zona 6 dan 8 : Mata dan buah pinggang
Berkaitan dengan mata dan ginjal. Kurangkan
pengambilan minuman berkarbonat, jus dengan gula, kopi dan teh yang manis,
kurangkan risiko yang ada dengan meminum air kosong.
Zona 7
Banyak punca yang menjadi penyebabnya, diantaranya
adalah diet yang tak seimbang, sembelit, kembung, peredaran darah yang kurang
baik, dan gangguan pencernaan. Kurangkan pengambilan makanan yang peda makanan
berasaskan daging, dan bergaram. Lakukan olahraga teratur, perbanyak menghirup
udara pagi, makan buah dan sayur, kacang-kacangan, dan Omega 3.
Zona 11 dan 13 : Hormon
Ketidakseimbangan hormon disebabkan stress membuat
jerawat timbul pada kawasan ini. Tidurlah 7-8 hari setiap harinya, lakukan
olahraga atau meditasi, makan sayur dan buah yang cukup, serta olahraga yang
teratur.
Zona 12 : Perut
Banyak makanan tidak sihat telah masuk ke perut sehingga
menyebabkan gangguan pecernaan. Untuk itu, tambahkan makanan mengandung serat
pada menu harian, serta lakukan olahraga teratur. Kalau jerawat
tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau
sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat
jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan
sistem peranakan yang bermasalah.
Zona 14 : Sakit
Tubuh badan sedang melawan bakteri, sehingga
menyebabkannya badan mulai lemah. Tenangkan badanmu sejenak bila mulai terasa
sesuatu, perbanyaklah minum air mineral untuk membantu tubuh tenang dan semakin
sihat.
Tambahan
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang
atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan
bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan
yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan