Rabu, 22 Januari 2014

SEMAKIN SAKIT SELEPAS PENGAMBILAN SUPPLEMENT

Pernah tak selepas pengambilan supplement, badan rasa makin sakit, demam, loya, cirit birit dan muka makin banyak jerawat keluar. Padahal kita telah dijanjikan dengan mengambilan supplement muka makin cantik, badan makin lebih bertenaga dan badan makin kurus. Sebenarnya simtom-simtom ini adalah disebabkan oleh healing crisis atau krisis penyembuhan.


Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?  
Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
 
Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? Berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya. Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya. 

Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
  • Sakit kepala yang melampau, tekanan darah tinggi - petanda menyahtoksin
  • Demam, tidak cukup rehat - Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
  • Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar - petanda menyahtoksin
  • Kembung perut - petanda sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir - Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
  • Penghasilan lendir seperti selsema - Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak, kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
  • Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah
  • Rasa sakit pada otot dan sendi - Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan - Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah
  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif - Sistem saraf yang lemah
  • Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak - penyakit buasir
  • Lapar, Pening - Tekanan darah rendah, anaemia
  • Loya, sembelit, tersedu - Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
  • Edema (membengkak) - Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Tiada ulasan:

Catat Ulasan