Golongan lelaki yang gemar mengambil soya sebagai diet
harian mengundang risiko penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga
akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol. Fenomena keperempuanan
(feminization phenomenon) memang boleh
berlaku kepada lelaki jika mereka mengalami paras testosteron rendah dan pada
masa yang sama paras kortisol yang tinggi. Lelaki yang mengalami fenomena
tersebut akan mengamali sifat fizikal seperti orang perempuan (pembesaran buah
dada) selain mengalami masalah kesihatan seperti tulang menjadi rapuh, fungsi
tiroid terganggu, masalah tidur, fungsi seks terganggu dan masalah reproduktif.
Umum mengetahui apa itu testosteron namun kurang mengetahui
apa itu hormon kortisol. Testosteron adalah hormon lelaki yang menggalakkan perkembangan
seksual bagi lelaki. Kadar testosteron yang tinggi membawa kesihatan yang baik
seperti mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan serangan sakit jantung.
Namun amalan merokok mengurangkan kelebihan ini. Hormon kortisol pula adalah
hormon steroid yang terhasil apabila seseorang itu mengalami tekanan. Kandungan
kortisol yang tinggi di dalam badan akan melemahkan sistem imuniti badan. Selain
itu ia mengurangkan pembentukan tulang dan penyebab pengurangan kolagen pada tisu
kulit 10 kali cepat dari biasa.
Mengapa pengambilan soya penyebab penurunan hormon testosteron?
Kacang soya yang berada di pasaran kaya dengan bahan kimia yang dikenali
sebagai xenoestrogen. Xenoestrogen adalah kumpulan sintetik atau bahan toksik yang
bertindak seperti estrogen yang mengganggu penghasilan testosteron. Ini berlaku
apabila industri kacang soya menukar kandungan phytoestrogen yang ada di dalam
soya kepada xenoestrogen atau lebih di kenali sebagai proses GMO (genetically
modified organism). Selain itu kebanyakan kacang soya di pasaran tercemar
dengan racun serangga, dibaja dengan bahan kimia bertoksik dan dituai dan di
pasarkan sebelum cukup matang.
terima kasih. Maklumat berguna
BalasPadamSeronok baca blog sis. asalam.saya orang baru dalam blog. Join la blog saya. shazwaniafiq.blogspot.com =)
BalasPadam