Alhamdulillah, sudah lebih kurang dua tahun memasuki alam perniagaan. Ramai kawan-kawan yang bertanya apa yang perlu ada untuk memulakan perniagaan. Bagi saya, perkara penting untuk memulakan perniagaan adalah cari BIG WHY kita. Kenapa mahu berniaga. Apa yang mahu diniagakan. Dengan siapa kita mahu berniaga. Di sini saya kongsikan beberapa nasihat dari JUTAWAN INTERNET, TUAN IRFAN KHAIRI yang saya baca dari surat khabar baru-baru ini. Diharap dapat membantu rakan-rakan saya yang mahu memulakan perniagaan. Betulkan niat kita untuk menjadi jutawan di dunia untuk menjadi jutawan di akhirat nanti.
4 CARA MENJADI JUTAWAN BY
IRFAN KHAIRI
1. Lakukan perniagaan
yang sangat anda minati.
Amat
penting untuk memulakan perniagaan yang menarik minat anda, minat ini pula
bukanlah minat yang dikatakan ‘saja cuba-cuba’, kemudian lihat sama ada ia
menjadi atau sebaliknya. Minat ini haruslah dalam bidang yang sangat anda
minati sehingga ia menjadi hobi. Dalam
perniagaan, pasti ada turun naik perniagaan. Ada juga kedengaran suara negatif
yang mengganggu kita daripada kawan dan juga lawan. Namun dengan minat yang mendalam
dalam sesuatu bidang, kita tidak akan mudah goyang dengan kegagalan atau anasir
negatif yaang mungkin datang menggangu.
2. Banyak
membaca dan belajar
Ketahui
bahawa untuk berjaya, ia memerlukan ilmu. Ilmu boleh diperoleh daripada buku
perniagaan di pasaran dan melalui hujung jari membolehkan kita membaca
pelbagai teknik dan strategi kejayaan di internet. Tiada alasan untuk tidak
mencari ilmu kerana ia terdapat di mana saja. Untuk berjaya, tidak semestinya
kita melakukan sesuatu yang baru yang tidak pernah lakukan orang lain.
Keusahawanan
bukanlah sesuatu yang mudah dan kebanyakan usahawan akan gagal pada tahap
permulaan. Itu sesuatu yang biasa. Dalam bidang keusahawanan, boleh dikatakan
jika tidak jumpa kegagalan atau kesusahan, memang tidak sah. Justeru, biasakan
diri dengan kegagalan demi kegagalan yang akhirnya akan menguatkan diri anda
untuk menjadi usahawan hebat.
3. Cari sokongan
sekeliling
Jauhkan
diri daripada mereka yang sering berfikir dan bercakap negatif. Mereka akan
menghilangkan keyakinan diri dan semangat anda. Dekatkan diri dengan mereka yang
berfikiran positif dan bercakap positif. Mereka akan meningkatkan keyakinan dan
semangat anda untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Mempunyai
sokongan padu daripada kenalan dan keluarga di keliling pasti akan dapat
membantu anda mencapai kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan