Isnin, 15 September 2014

KOREA SELATAN: KLIA2 yang SESAT

Siapa pernah pergi KLIA2? Angkat tangan! Saya hanya pernah beberapa kali pergi KLIA2 semasa menghantar kakak saya balik Sabah. Namun hanya sekali masuk ke dalam KLIA2 selepas itu hanya hantar di pintu Balai Berlepas. Nak tahu kenapa? Teruskan bacaan anda.

Konsep KLIA2 iaitu pusat membeli belah di dalam lapangan terbang memberi peluang untuk pengguna-pengguna membeli belah sebelum atau selepas menaiki kapal terbang. Konsep ini agak menarik namun menyebabkan kawasan lapangan terbang terlalu luas. Cuba bayangkan dari tempat letak kereta bertingkat ke balai pelepasan pengguna terpaksa melalui kawasan membeli belah. Sebagai perempuan memang melambatkan perjalanan. Faham kan? (Gelak) Selepas itu untuk ke tingkat atas (Balai Berlepas) terpaksa menaiki eskelator. Mungkin ada lif, tapi sekira dalam keadaan tergesa-gesa mungkin sukar untuk mencarinya (Saya pun tidak tahu di mana. Mungkin tersorok sedikit) Bayangkan sesiapa yang membawa beg-beg yang besar dan berat. Lagi-lagi yang membawa beg yang banyak. Penggunaan troli di kawasan KLIA2 amat terhad. Maksud saya dari satu kawasan ke satu kawasan perlu menukar troli (bukan saya sahaja yang mengalaminya. kawan saya pun sama) Tidak ke menyusahkan? Selain itu kesian kepada warga tua kerana perlu berjalan jauh (Abah dan emak dah berumur, ada juga dengar keluhan mereka). Itu belum lagi dengan kekurangan penunjuk arah, boleh sesat kami dibuatnya. Sebab itu saya lebih suka hanya menghantar kakak saya di Pintu Balai Berlepas sahaja sebab lebih dekat berbanding dari kawasan tempat letak kereta.

 Tahniah kepada MAHB kerana menyediakan bangunan KLIA2 yang lebih selesa dari LCCT. Boleh di tingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan.

Kami menaiki penerbangan Air Asia D7504 dari ke KLIA2 ke Incheon International Airport pada pukul 8 pagi. Nasihat saya kepada anda, pastikan anda sampai ke lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum berlepas. Saya dan Haidah a.k.a. Hornet sampai ke KLIA2 dalam pukul 4.30 pagi. Sampai ke kawasan Balai Berlepas terus tengok paparan elektronik untuk mencari kaunter daftar masuk bagi mengelakkan kita tercari-cari nanti. Alhamdulillah kaunter daftar masuk di buka awal, maka kami daftar masuk siap-siap dengan beg kami sekali. Selesai semuanya kami pergi ke surau menunggu waktu subuh. Selepas solat subuh kami mencari restoran untuk sarapan. Mungkin sebab terlalu awal tidak banyak pilihan yang ada. Kami memilih restoran ala inggeris (sebenarnya lupa restoran apa, Delifrance kot).

 Banyak juga roti diambil sebab lapar, tetapi hanya makan pai dan croisssnt sahaja, yang lagi dua bungkus.


Nasib baik tidak beratur panjang. Sempat juga mengambil gambar. Di tingkat atas itu ada tempat menunggu dan surau.

 Boleh rancang perjalanan anda. Sekiranya anda jenis jalan lenggang kangkung lebih baik masuk awal. Nanti kene tinggal. Hihi. 

Setengah jam kami bersarapan sempat juga melihat Rizman Ruzaini dan Hafiz Af lalu depan mata. (Cuci mata sekejap) Marathon kami bermula, di pintu Perlepasan Antarabangsa kami beratur untuk abang dan kakak pegawai kastam memeriksa tiket penerbangan dan seterusnya ke kaunter imigresen untuk pemeriksaan pasport (di sini kalau boleh datang awal untuk mengelakkan beratur panjang ketika waktu puncak). Proses pemeriksaan dalam lebih kurang 5 minit. Dari kaunter imigresen ke balai menunggu perjalanan agak jauh. Melalui kedai-kedai bebas cukai dan turun ke bawah dengan eskalator untuk ke kawasan lobi yang agak selesa untuk duduk beristirehat. Sekiranya masuk awal boleh duduk-duduk di situ sambil membaca buku. Berjalan lagi melalui kedai dan restoran dalam lebih kurang 5 minit sebelum turun ke bawah ke balai menunggu. Selepas melalui pemeriksaan keselamatan yang terakhir, akhirnya sampai juga kami di pintu balai menunggu. Penatnya, pagi-pagi dah kene bersenam berjalan laju. Kami bernasib baik hanya membawa beg sandang sebab troli memang tidak disediakan. Kekurangan eskelator melambatkan perjalanan lagi perjalanan ini. Kami mula beratur untuk masuk ke perut kapal terbang. Sudah mula rasa dalam drama Korea sebab depan belakang semua berborak dalam bahasa korea. Di pintu kapal terbang kami disapa Annyonghasayo dan senyuman dari pramugari Air Asia X Korea. Maka bermulalah pengembaraan kami ke Seoul, Korea Selatan 

2 ulasan: