Isnin, 22 September 2014

Soya Penyebab Kecelaruan Jantina



Golongan lelaki yang gemar mengambil soya sebagai diet harian mengundang risiko penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol. Fenomena keperempuanan (feminization phenomenon) memang boleh berlaku kepada lelaki jika mereka mengalami paras testosteron rendah dan pada masa yang sama paras kortisol yang tinggi. Lelaki yang mengalami fenomena tersebut akan mengamali sifat fizikal seperti orang perempuan (pembesaran buah dada) selain mengalami masalah kesihatan seperti tulang menjadi rapuh, fungsi tiroid terganggu, masalah tidur, fungsi seks terganggu dan masalah reproduktif. 


Umum mengetahui apa itu testosteron namun kurang mengetahui apa itu hormon kortisol. Testosteron adalah hormon lelaki yang menggalakkan perkembangan seksual bagi lelaki. Kadar testosteron yang tinggi membawa kesihatan yang baik seperti mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan serangan sakit jantung. Namun amalan merokok mengurangkan kelebihan ini. Hormon kortisol pula adalah hormon steroid yang terhasil apabila seseorang itu mengalami tekanan. Kandungan kortisol yang tinggi di dalam badan akan melemahkan sistem imuniti badan. Selain itu ia mengurangkan pembentukan tulang dan penyebab pengurangan kolagen pada tisu kulit 10 kali cepat dari biasa.


Mengapa pengambilan soya penyebab penurunan hormon testosteron? Kacang soya yang berada di pasaran kaya dengan bahan kimia yang dikenali sebagai xenoestrogen. Xenoestrogen adalah kumpulan sintetik atau bahan toksik yang bertindak seperti estrogen yang mengganggu penghasilan testosteron. Ini berlaku apabila industri kacang soya menukar kandungan phytoestrogen yang ada di dalam soya kepada xenoestrogen atau lebih di kenali sebagai proses GMO (genetically modified organism). Selain itu kebanyakan kacang soya di pasaran tercemar dengan racun serangga, dibaja dengan bahan kimia bertoksik dan dituai dan di pasarkan sebelum cukup matang. 

Sebagai langkah penyelesaian, hadkan pengambilan soya yang hanya melalui proses penapaian dan produk soya organik seperti tempe dan miso. Selain itu pastikan penanaman kacang soya itu adalah menepati piawaian, hanya dituai apabila cukup matang dan ambil produk kacang soya yang non-GMO.

2 ulasan:

  1. Seronok baca blog sis. asalam.saya orang baru dalam blog. Join la blog saya. shazwaniafiq.blogspot.com =)

    BalasPadam