Assalamualaikum
Hari kedua kami di Korea Selatan. Teruja
mahu memulakan pengembaraan. Selepas mandi dan bersiap kami bersarapan dengan sarapan yang
disediakan.
 |
|
Roti buku, telur rebus, kopi dan jus oren.
Makan ikut suka hati tapi berpada-pada, perlu ingat tetamu guesthouse yang lain. |
|
|
|
 |
Ini tempat kami sarapan |
Semasa kami
tinggal di sini tidak ramai orang mungkin sebab hari bekerja. Yang ada hanya
beberapa pelajar perempuan dari Vietnam. Kami tidak banyak berborak dengan mereka
mungkin sebab sedikit masalah komunikasi. Mereka kurang fasih dalam bahasa Inggeris,
tapi lancar berbahasa Korea. Mereka tinggal sementara di sini sebelum mendaftar di universiti untuk kemasukan semester baru.
 |
Welcome to Pine Tree Guesthouse. |
Nampak tak
gambar perempuan comel itu. Itulah Miss Jescica, lawa dan baik tetapi tidak
dapat borak lama-lama sebab dia bekerja, yang melayan kami hanyalah ibunya.
Dekat Pine Tree Guesthouse ada beberapa bilik. Dorm 6 katil untuk lelaki dan perempuan dan bilik 2 katil. Harga boleh tengok kat
Pine Tree Guesthouse ataupun boleh tengok kat Agoda.com atau Booking.com. Kami pilih bilik 2 katil. Sedikit sempit, tapi ada sedikit ruang untuk bersolat. Loker disediakan tetapi kunci bawa sendiri.
 |
Seronok main kunci bilik. Selalu tengok kat drama je. Siap ada
bunyi-bunyi lagi. Dekat malaysia dah ada. Nak beli satu untuk rumah
sendiri nanti. |
 |
Bilik air yang selesa. Sabun dan syampu ada di sediakan. Tuala pun ada disediakan.
|
 |
Pintu masuk ke guesthouse. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan