Assalamualaikum..
Selepas sarapan kami memulakan misi untuk
menerokai Kota Seoul. Destinasi pertama kami adalah The War Memorial of Korea.
Berdasarkan dari peta, tempat ini tidak jauh dari tempat penginapan kami, maka
kami hanya berjalan kaki sahaja. Memang tidak jauh sangat pun, dalam 15 minit
berjalan kaki. Sampai di sini kami berjalan-jalan dahulu di kawasan luar
sementara cuaca belum panas lagi sebab masih pagi.
 |
Statue of Brothers |
 |
Dalam dome ada ilutrasi peperangan yang di
perbuat dari jubin. |
 |
Dari jauh macam lukisan |
 |
Tower of Korean War |
 |
The Statues Defending the Fatherland |
 |
Bangunan utama The War Memorial of Korea.
|
Untuk mendapat gambar yang cantik, tiada orang lalu lalang, sila datang awal,
sebab masa kami sampai ke tangga bangunan, berduyun-duyun pelancong
sampai dengan bas.
 |
Kebebasan itu bukan percuma |
 |
Tangga untuk masuk ke pintu utama. |
Masuk
percuma. Di buka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan di tutup pada hari isnin. Dalam bangunan ada 6 dewan: Memorial Hall, War History, Korean War,
Expeditionary Forces Room, ROK Armed Forces Room, dan Large Equipment Room. Di dalam dewan-dewan ini mempamerkan senjata-senjata dan peralatan peperangan yang di gunakan dari Dinasti Joseon sehingga ke zaman moden.
 |
Drum yang didedikasikan kepada
Republic of Korea (ROK) Armed Forces. |
 |
Berwefie dengan patung jeneral perang yang
banyak berjasa dalam peperangan korea. |
 |
Perisai yang digunakan untuk mengelak
terkena anak panah. |
 |
Replika salah satu kapal perang yang
digunakan pada Perang Sacheon. Di namakan sebagai Turtleship of Geobukseon
sebab mirip kepada turtle (penyu).
|
 |
Siapa yang mahu belajar cara bermain pedang
boleh ikut gambar ini. |
Siapa yang tengok Running Man
mesti pernah nampak benda ini. Ini namanya The Hwacha (Mobile Firearms
Launcher). Senjata yang di reka untuk memanah sekumpulan besar tentera dengan
sekali bidikan.
Beli air gedegang sebab lupa bawa botol
air. Tidak perlu risau air habis, kebanyakan kawasan tumpuan pelancong di sediakan
dengan water filter. Ambil dengan percuma. Kami dah puas berjalan lebih kurang 2 jam dalam banguan. Tidak sedar pun.
Kami nak keluar ke kawasan luar bangunan utama sebab ada replika kapal
terbang, kapal dan kereta kebal.
Sebelum keluar bangunan kami singgah sekejap ke kedai cenderamata. Hajat mahu membeli sedikit cenderamata, tetapi apa yang kami lihat sangat mengujakan
terutamanya Hornet. Apakah???
 |
WANTED DEAD OR ALIVE |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan