Assalamualaikum
Selepas sarapan pada hari ke tiga, berkesempatan mengambil gambar sekitar kawasan guesthouse. Destinasi hari ni ke Gyeongbokgung Palace. Untuk ke sana boleh menaiki subway Line 3 turun di Gyeongbokgung Station dan keluar di Exit 5.
 |
Untuk memastikan kita di exit yang betul, kita mesti jumpa
pintu gerbang ini |
 |
Kami dah lalu. So,kami akan sentiasa awet muda. hehe |
 |
Pintu masuk utama
Gyeongbokgung Palace, Heungnyemun Gate |
Di buka pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul
6.00 petang bergantung kepada bulan bila kita datang dengan bayaran masuk 3000
won. Perlu di ingatkan ia ditutup pada hari selasa. Jika bernasib baik, dapat masuk dengan percuma seperti kami. Boleh tengok update dari website.
Di bina pada tahun 1395, Gyeongbokgung
Palace juga di lebih dikenali dengan nama Istana Utara ( Northern Palace)
kerana terletak di utara berbanding dengan istana lain Changdeokgung
(Istana Barat) dan Gyeongheegung (
Istana Timur).
Di sini disediakan pemandu pelancong yang memakai Han-bok yang
membawa pelancong mengikut bahasa-bahasa yang ada. Untuk bahasa Inggeris pada
pukul 11:00, 13:30, 15:30. Tour bermula
di depan Gyeongbokgung Information Center di dalam Heungnyemun Gate. Jangkamasa
tour dalam sejam atau sejam setengah.
Sekiranya di
Buckingham Palace di Britain ada upacara pertukaran pengawal istana, di sini juga ada
pada setiap hari pada pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang. Pertukaran pengawal di adakan di pintu utama
istana.
 |
Patung mistik yang bernama Haetae yang menjaga
sungai yang mengalir kedalam kawasan istana. |
Ini bukan batu nesan, ini adalah The Rank Stone, batu penanda di mana pegawai-pegawai akan berdiri semasa upacara rasmi berdasarkan ranking mereka.
 |
Geunjeongjeon, Dewan Pertabalan Utama Istana
|
 |
Balai Rong Seri Istana dalam Geunjeongjeon |
 |
Kebanyakan atap di istana ada patung-patung ini. |
 |
Gyeonghoeru, Royal Banquet Hall |
 |
Hwangwonjeong Pavilion |
 |
Sedang jalan-jalan termasuk kawasan yang penuh dengan tempayan. Sebenarnya tempat membuat soy sauce (kicap). |
 |
Jibokjae (Private Royal Library) sambil-sambil berehat di bawah pokok nan sebatang. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan