Kita selalu mendengar petua-petua dari rakan-rakan kita berkenaan kecantikan. Namun ramai yang tidak tahu adakah petua ini betul atau tidak. Mari kita selidik, fakta atau auta petua-petua itu
UBAT GIGI BOLEH HILANGKAN
JERAWAT
Fakta
Adakah ubat gigi boleh
menghilangkan jerawat, bergantung kepada bahannya yang boleh mengeringkan
kulit. Gunakan ke atas permukaan jerawat saja, ubat gigi membantu
mengeringkannya, sekaligus mempercepatkan pemulihan. Bagaimanapun, perlu
diingatkan bahawa ubat gigi boleh merengsakan kulit lalu menyebabkan ia kering
dan mengelupas. Jadi pastikan anda sapukan kawasan yang kecil saja iaitu bahagian yang bermasalah.
JUS LEMON CERAHKAN KULIT
DAN RAMBUT
Fakta
Jus lemon sememangnya
boleh membantu dalam mencerahkan kulit dan rambut lebih bersinar. Bagi yang mementingkan
penjagaan kulit dan rambut, gunakan jus lemon dengan berhati-hati jika ingin
mendapatkan hasilnya secara semulajadi. Namun, jangan lupa bahawa jus lemon
yang terkena pada kulit atau rambut terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan
atau kekeringan pada kulit.
Fakta
Timun sangat membantu
dalam mengurangkan mata yang lebam kerana kandungan air dalam sayuran ini
banyak menjadikan bersifat sejuk. Timun membantu mengurangkan lebam di bawah
mata dan pada masa yang sama, memberikan kesegaran pada mata.
Auta
‘Wax’ atau bercukur iaitu
membuang bulu badan tidak akan membuatkannya tumbuh semula lebih tebal.
Sebenarnya, selepas bulu badan dicukur atau dicabut ia menjadi lebih kasar.
Jadi ia kelihatan lebih tebal daripada biasa. Itu saja.
Fakta
Ia terbukti bahawa alat
solek yang dikongsi sebenarnya menyebabkan pengguna berkongsi bakteria yang
boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kulit. Jadi cuba elakkan daripada
meminjam sebarang alat solek seperti gincu atau bedak muka jika mahu selamat.
BURUK PADAH PICIT JERAWAT
Fakta
Adalah satu perkara yang
baik untuk membiarkan jerawat begitu saja jika tidak mahu ia dijangkiti bakteria.
Jika diusik, ia boleh merebak kepermukaan lain atau membuatkan keadaannya lebih
teruk. Bersihkan kulit muka dengan betul dan biarkan jerawat hilang dengan
sendirinya.
SELULIT HANYA TERJADI
KEPADA ORANG GEMUK
Auta
Tidak perlu mempunyai
berat badan berlebihan untuk mendapatkan selulit. Semua orang mudah mendapat
selulit tanpa mengira berat badan. Selulit dipengaruhi jantina, gen serta gaya
hidup. Jadi, hakikat bahawa anda berbadan kecil mungkin tidak membuatkan anda
selamat dari selulit.
KERAP CUCI MUKA LEBIH
BAIK
Auta
Kerap kali memcuci muka
hanya menyebabkan kekeringan dalam jangka masa panjang. Ini kerana bahan dalam
pencuci akan menyahkan penghalang semula jadi yang melindungi kulit dari kesan
alam sekitar seperti habuk. Pencucian yang betul adalah dua kali sehari iaitu
siang dan malam, cukup untuk menjaga kulit dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan