Isnin, 3 Ogos 2015

KOREA SELATAN:Hari 1:Annyonghasayo!! Welcome to South Korea

"Kapal terbang akan mendarat sebentar lagi di Incheon International Airport. Waktu mendarat adalah pada pukul 3.30 petang waktu Korea Selatan. Suhu di luar adalah 27 degree Celsius. Sila pasangkan tali pinggang anda". 

Assalamualaikum..


Alhamdulillah. Kami selamat mendarat di Incheon International Airport. Di Seoul ada dua lapangan terbang, Incheon International Airport untuk penerbangan antarabangsa dan Gimpo International Aiport untuk penerbangan dalam negara. Sesiapa yang nak ke Pulau Jeju boleh pergi ke Gimpo International Airport dan menaiki Jeju Air. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seoul lebih kurang 6 jam. Perjalanan lancar tanpa ada masalah.Cuaca di Seoul agak baik, terang dengan sedikit awan. Selesai dengan pemeriksaan kastam dan mengambil bagasi kami keluar ke pintu ketibaan.


Di pintu ketibaan penuh dengan orang yang menunggu. Ada yang memegang kertas tertulis nama orang yang di tunggu. Siap ada yang memakai Hanbok lagi (pakaian tradisi orang korea) beserta dengan kamera. Menunggu ketibaan orang kenamaan barangkali. Kami? Tiada siapa yang menunggu. Sekarang kami perlu pergi ke tempat tinggal kami selama 3 malam, Pine Tree Guesthouse di Seoul. Miss Jesicca (owner guesthouse kami) ada menghantar email kami cara-cara ke sana. Antaranya dengan menaiki teksi, subway atau bas. Kami tidak memilih menaiki teksi kerana takut tertipu dengan bayaran tambang teksi. Teksi di sini di kategorikan dengan warna. Teksi hitam, teksi antarabangsa, pemandu fasih berbahasa Inggeris, tambang mahal. Teksi kelabu dan oren, teksi di dalam bandar, tambang sedikit murah, lebih kurang 30 000 KRW dari Incheon International Airport ke Seoul . Kami tidak memilih menaiki bas pula kerana masalah bahasa walaupun tambang perjalanan hanya  14 000 KRW. Akhirnya kami memilih subway. Lebih murah dan yang penting selamat.


Inilah kad T-Money.
Kami menggunakan lebih kurang 25 000 KRW sepanjang 8 hari kami di sini. Agak berbaloi sebab kami hanya menggunakan subway untuk berjalan-jalan. Sebelum itu mesti beli kad T-Money. Kad T-Money ini lebih kurang macam kad Touch n Go. Boleh di beli di mana-mana kedai serbaneka yang ada simbol T-Money. Di aras balai ketibaan ada dua kedai serbaneka. Satu berdekatan pintu keluar ketibaan. Tapi sampai-sampai sahaja di kaunter bayaran pekerja di situ kata "No, no T-Money". Hampa. Maka terpaksa berjalan mencari Pintu 10 ke kedai serbaneka satu lagi. "Annyonghasayo, give me two T-Money, please?" "Ok" Yeay. Alhamdulillah dah dapat. Selesai membayar terus pergi ke Hornet untuk mendapatkan beg. "Mira, dalam ni ada berapa?" "Ntah, lupa nak tanya kat cashier, ko top-upkan siap-siap 20 000 KRW dalam ni kat kedai tu, aku nak study peta subway".


Peta subway kami. Ambil di internet je. Lepas tu print. Dah nak lusuh kami kerjakan.
Dari Incheon Airport perlu menaiki AREX (Line Airport Railroad) sebelum menukar Line 6 di Gongdeok menuju ke stesen Samgakji di mana kami tinggal. AREX lebih kurang seperti ERL di Malaysia. Sekarang masalah kami adalah di mana pula stesen subway. Di luar pintu terminal nampak hanya ada teksi dan bas sahaja. Di kaunter pertanyaan pula kata ada di aras bawah. Sampai di bawah tidak nampak pula stesen subway. "Excuse me, where is AREX?" "AREX??" Garu-garu kepala pula pengawal ini. Adoi. Kami hanya nampak papan tanda ke KTX. KTX adalah perkhidmatan keretapi laju ke Busan. Selepas puas bertanya akhirnya dapat juga jumpa.


Kami bermalam di Pine Tree Guesthouse yang terletak di Itewon. Dengan harga RM465 termasuk sarapan pagi bagi kami agak berbaloi. Boleh dapatkannya di website seperti di Agoda.com. dan Booking.com dan  Kami sampai berpandukan peta yang Miss Jesicca berikan kepada kami. Hajat untuk berjalan-jalan di Itewon tak jadi sebab hari dah malam. Maka makan malam kami hanyalah kari ayam dalam tin dan nasi segera yang kami beli di kedai serbaguna. Tidak lupa susu pisang. Kami panaskan nasi segera dengan bantuan mak jesica. Dia kata kesian kami makan ini sahaja. Ada tawarkan kami makanan mereka tetapi kami tolak dengan baik. Kami makan di kawasan luar rumah yang ada disediakan kawasan BBQ. Selepas makan kami masuk tidur awal kerana kepenatan.



Ini makan malam kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan