Hari
ke enam kami di bumi Korea Selatan. Rancangan hari ini mahu pergi ke N-Seoul Tower
tempat wajib datang sekiranya ke Seoul. Rancangnya mahu stay di N-Seoul Tower
sampai malam sebab ada persembahan laser. Maka kami pergi ke Nakwon
Instrument Shopping Center pada pagi ini. Ke sini sebab tahu Hornet
suka dengan music instrument, dia boleh main gitar, piano dan biola. Macam mana
boleh tahu pasal shopping center ini, sudah semestinya dari game show Running Man.
Untuk
ke sini boleh menaiki subway turun di Jongno 5(o)-ga Line 1. Nakwon Shopping Center ini 4 tingkat. Ada 350 lot kedai yang menjual pelbagai music instrument.
Rupa-rupanya shopping center ini adalah salah music instrument shopping mall
yang terbesar di dunia. Sampai ke sini kami mencari kedai yang menjual beg biola. Sesiapa yang suka dengan music instrument music di sini memang syurga bagi
mereka.
Selesai
membeli belah di sini, kami terus kan misi kami untuk mencari octopus pedas
(Jjukkumi Bokkeum). Dapat tahu mengenai makanan ini melalui blog seorang pelajar melayu
yang belajar di sini. Terletak di Choui-ro berdekatan
dengan Yongdu Fire House. Boleh datang ke sini dengan subway, turun di Jegi-dong,
Line 1 Exit 6. Keluar dari subway station akan lalu dengan Family Mart, selepas
itu akan jumpa Yongdu Fire House. Selepas
itu akan jumpa dengan simpang ke kiri, masuk situ dan akan jumpa dengan
patung sotong kurita, simpang empat masuk ke kanan dan akan jumpa restoran Mokpojib
Na Jeong-sun Halmae Jjukkumi. Sila tekan di sini
Rupa luar restoran. Nampak kecil tapi penuh
dengan pelanggan.
Inilah rupa Jjukkumi Bokkeum. Masak sendiri atas kuali. Boleh tambah dengan
bawang putih dan lobak. Cara mahu makan sebenarnya letak sotong kurita atas daun perila, letak sekali dengan cheonsachea untuk kurangkan rasa pedas. Tapi kami tersilap, kami makan dengan nasi selang seli dengan balutan daun. Disediakan juga dengan sup kimchi. Amaran, masakan ini sangat2 pedas, dua jag kami minum tapi tidak
dapat hilangkan kepedasan. Selepas kami makan singgah Family Mart beli susu
pisang untuk hilangkan rasa pedas.
Sebenarnya hari ini adalah hari jadi hornet, maka
saya belanja dia makan.
SELAMAT HARI JADI HORNET
SELAMAT HARI JADI HORNET