Rabu, 12 Ogos 2015

KOREA SELATAN: Hari 2: Masjid Seoul, Cheonggyecheon Stream dan Dongdaemun

Assalamualaikum

Alang-alang dah sampai di The War Memorial of Korea ini, baik kita habiskan berjalan-jalan. Keluar sahaja tengok langit dah mendung. Pada bulan Julai hingga September memang Seoul mengalami musim hujan. Selalu alert dengan pengumuman kaji cuaca. Sekiranya perlu bawa sekali payung atau baju hujan.
 
Di bahagian luar bangunan ada dipamerkan replika-replika peluru berpandu, kapal terbang, kapal perang dan kereta kebal.

The Black Marble Monument. Senarai nama pejuang yang terkorban dalam peperangan.

Kapal terbang dan helikopter perang. Nampak tak awan mendung di langit itu. Kene cepat-cepat habiskan tour kat sini sebelum hujan turun. Menara yang tinggi itulah N Seoul Tower.
Cermin mata dah ada gaya jadi juruterbang.
Mari kita jalan laju-laju sebelum hujan turun. Cari makanan tengah hari. Lapar. Destinasi seterusnya Iteawon.

Misi pertama kami di Iteawon mencari Restoran Siti Sarah. Restoran masakan melayu. Walaupun berkelana di bumi Korea Selatan, masakan melayu juga yang tekak kami cari. Kawasan Itewon ini dibanjiri dengan ramai pelancong luar Negara. Senang nak jumpa orang islam di sini. Kedai-kedai makanan halal pun banyak di sini. Melalui bacaan dari blog orang lain, restoran Siti Sarah berdekatan dengan  Masjid Seoul. Pastikan ada peta untuk memudahkan pencarian restoran dan masjid. Ataupun boleh bertanya dengan masyarat di sini. Diingatkan kawasan ini berbukit, dinasihatkan memakai kasut yang selesa. 


Baiklah dah sampai di Restoran Siti Sarah, kami makan tengah hari di sini. Sekiranya mahu membuat pilihan makanan di sini jangan berkira dengan menukar harga Korean Won dengan Ringgit Malaysia. Nanti tidak lalu makan ataupun makan sambil menangis.


Ayam goreng dengan nasi putih beserta sayur-sayuran. Harga dah lupa. Memang tak mahu ingat pun. Selesai makan misi diteruskan untuk pergi ke Masjid Seoul.


Alhamdulillah, sampai juga ke sini. Berkesempatan untuk solat jamak zuhur dan asar. Tempat mengambil wuduk ada di bahagian tepi kiri bangunan. Untuk muslimat (wanita) perlu masuk di bahagian bawah bangunan sebelum naik tangga ke ruang solat tingkat dua. Di sini juga ada sekolah pengajian agama di bahagian tepi masjid.

Selesai solat di masjid misi perjalanan di teruskan untuk pergi ke Myeongdong untuk berjalan-jalan (window shopping) sebab ramai review di sini banyak kedai-kedai baju dan kosmetik. Untuk ke Myeongdong boleh menggunakan subway turun di Myeongdong Station Line 4 exit 5,6,7 atau 8.

Keluar sahaja di Myeongdong Station rupa-rupanya hujan lebat. Nak berjalan-jalan pun kami tak tau mahu ke mana. Duduk lepak dulu Caffe Bene rancang nak buat apa pula selepas ini.


Tak tahu nak beli apa. Last2 beli beli kopi O ais je  sebagai syarat untuk duduk berteduh sambil memikir destinasi seterusnya. (americano kot nama dia).


Selepas di fikir-fikir destinasi seterusnya adalah Dongdaemun. Kawasan membeli belah pakaian yang ternama sambil boleh melihat keindahan Cheonggyecheon Stream. Boleh ke sana dengan menaiki subway. Memandangkan kami di Line 4, kami turun di Dongdaemun History & Culture Park Station. Perlu diingatkan lain Line Subway, lain station untuk berhenti. Sila study map subway sebelum menaiki subway.

Ini la Cheonggyecheon Stream bermula dari Cheonggyecheon Plaza dan berakhir di Supyogyo Bridge dan terus mengalir ke Sungai Han dengan jarak 11 kilometer. Sungai yang berada di tengah-tengah kota Seoul yang dijaga rapi untuk di jadikan taman dan kawasan istirehat bagi warga kota. Mungkin di sebabkan baru sahaja hujan lebat, pintu untuk turun ke bawah di tutup. Pada waktu tertentu terutama ketika festival tanglung dan lampu akan di apung kan di sepanjang sungai.



 Di kawasan sekitar ini banyak bangunan pusat membeli belah terutamanya menjual pakaian. Misi di sini mencari stokin yang ada gambar kumpulan Beast yang di tempah oleh labmates, Izzah.  Namun banyak kedai yang sudah ditutup, maka hanya berjalan-jalan sahaja di sini dan tidak jumpa stokin yang di cari. 

Sebelum balik bergambar dengan salah satu pintu masuk ke Kota Seoul. Di bina pada Dinasti Joseon.  Selepas puas berjalan kami balik ke guesthouse.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan