Isnin, 24 Ogos 2015

KOREA SELATAN: Hari 4: Gwacheon National Science Museum

Assalamualaikum


Hari ke 4 kami di Seoul. Hari terakhir kami di Pinetree Guest House, Iteawon sebelum berpindah ke F Hotel, Yeongdeungpo di mana hotel yang lebih dekat dengan tempat di mana SICASE di adakan. Check out dari guest house pukul 11.00 pagi. Selepas mengemas bilik dan sarapan kami meminta kebenaran untuk meninggalkan beg kami di guest house sebelum kami mengambilnya petang nanti. Tempat yang di tuju pada hari ini adalah ke Gwacheon National Sciece Museum. Tertarik untuk datang ke sini selepas menonton gameshow Running Man. Untuk ke sini naik subway Line 4 turun di Seoul Grand Park Station, dan keluar di Exit 5.


Keluar dari train kami lihat ramai ajushi dan ajumma datang ke sini dengan pakaian mendaki. Di sini juga stesen yang bedekatan dengan Seoul Grand Park untuk aktiviti riadah dan mendaki.


Bangunan utama Gwacheon Sciencetorium (berbentuk kapal terbang) mempunyai 5 dewan pusat exhibition: Basic Science Center, High-tech Center, Children’s Experience Center, Natural History Center, and Traditional Science Center. Di luar pula ada planetarium, pusat pencerapan bintang (astronomical observatory) dan pusat ekosistem serangga., 


Bayaran masuk 4000 won untuk orang dewasa. Di buka dari hari selasa hingga ahad dan di tutup pada 1 januari. 


Pergi ke information desk nak mintak pamphlet dalam Bahasa Inggeris, namum malangnya semua dalam Bahasa Korea. Berusaha adik manis dan uncle nak tolong. Xpe la tak dek rezeki.

Jalan-jalan dulu ke dewan-dewan di tingkat bawah


Kawasan pameran berkenaan sel darah. Kesemua pameran kebanyakkan di tulis dalam Bahasa Korea. Nasib kurang baik hari ini. 


Keluar dari bangunan utama, jalan-jalan di luar dulu sebelum panas terik.

Planetarium dan replika kapal angkasa korea


Astronomical Observatory. Tapi tak dibuka pun.. mungkin malam baru buka.. siang-siang mana boleh tengok bintang

Masuk kejap dalam bangunan insect ecosystem center


Yang datang sini kebanyakannya budak2 kindergarten, datang dengan bas-bas sekolah yang comel warna kuning. Ini sesi penerangan dari cikgu mereka tentang serangga.


Baru tahu kartun Larva berasal dari Korea Selatan. Pororo pun ada kat dalam nih.


Dalam bilik rama-rama, tapi tak banyak rama-rama



Dah puas bermain dengan rama-rama, keluar dekat taman luar. Subhanallah, lawa nya taman dia, langit pun biru je.


Duduk rehat sebentar

Tak dapat jumpa Yoo Jea Suk dapat jumpe patung belalang pun jadi la

Masuk balik ke dalam bangunan utama, pergi ke tingkat atas. Di sini kebanyakan pameran adalah interaktif. Banyak permainan yang boleh di main. Contohnya macam budak-budak ni main.

Kawasan high tech center

Traditional Science Center. Cara-cara untuk membuat meju (fermented soybeans) dengan gochujang (fermented chilli paste)

Natural History Center. Sini banyak di pamerkan fosil-fosil dinasor dengan haiwan-haiwan yang ada di semenanjung korea.


Puas sudah berjalan-jalan di sini. Balik singgah di Itewon untuk makan tengah hari. Hari ini makan makanan arab. Singgah kedai beli roti lepas itu baru balik ke guesthouse. Selepas say bye dengan ajumma dan mengambil bagasi, kami naik subway ke F Hotel, Yeongdeungpo. Di dalam train bernasib baik terjumpa seorang uncle yang membantu kami mencari F Hotel. F Hotel ini sebenarnya adalah love hotel. Uncle sempat pesan jangan keluar malam sebab sini banyak pub dan orang mabuk. Terima kasih uncle atas pesanan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan