Isnin, 17 Ogos 2015

KOREA SELATAN:Hari 3:The National Folk Museum of Korea

Assalamualaikum





Selepas puas berjalan di  Gyeonbokgung  Palace, kami keluar bergerak ke The National Folk Museum of Korea yang betul-betul terletak di sebelah istana. Sama juga dengan Gyeongbokgung Palace, kat sini pun di tutup pada hari selasa. Masuk percuma. Dekat sini ada tiga Hall: History of Korean People, The Korean Way of Life, Life Cycle of the Koreans. Children's Museum pun ada juga kat dalam bangunan ni. Tapi yang ini kene booking by online atau on site sebab hanya 50 orang dalam satu-satu masa.


Pakaian-pakaian yang digunakan pada zaman dulu.
Kasut-kasut yang diperbuat daripada jerami, kayu dan kulit.
Model rumah lama korea
Topeng-topeng yang digunakan dalam tarian meraka.
Upacara perkahwinan bagi masyarakat korea pada zaman dahulu.

Menjadi tradisi masyarakat korea untuk menyambut ulang tahun kelahiran pertama anak meraka besar-besaran. Mereka menyambut dengan besar-besaran sebagai tanda kesyukuran kerana anak mereka dapat hidup sehingga umur setahun. Pada zaman dahulu ramai kanak-kanak yang meninggal awal kerana kesusahan hidup, kemiskinan dan penyakit-penyakit.

Sambutan ulang tahun kelahiran ke 60 tahun. Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah.
Kat luar tandas pun boleh lawa macam ini. Ambil selfie jap.
Di bahagian luar bangunan ada kawasan untuk bermain permainan tradisonal korea. Ada taman-taman untuk berehat. Replika kedai-kedai pada zaman selepas peperangan. Model-model rumah tradisional korea.

Permainan tradisonal korea, Tuho, melontar batang kayu ke dalam bekas
Permainan tradisional korea, roda besi. Macam sama di malaysia main roda penutup tin.


Replika kedai-kedai zamana dahulu
Habis berjalan-jalan di The National Folk Museum of Korea terus pergi ke Insadong. Hanya berjalan kaki sebab dekat dengan muzium. Kat Insadong banyak kedai cederamata dan kraftangan, kami banyak membeli-belah di sini. Kalau bernasib baik dapat barang-barang percuma. Saya suka ada satu kedai menjual gelang jade dan satu kedai jual penanda buku. Dekat sini la dapat beli stokin yang dikirim Izzah yang tidak jumpa di Dongdaemon hari itu.




Suasana sibuk di Insadong. Hari sabtu dan ahad, jalan di tengah itu akan di tutup kepada kenderaan. Ada banyak persembahan dan meja-meja akan dibuka untuk jualan.


Muka serius membaca peta.
Di Insadong sebenarnya ada beberapa restoran yang halal. Tetapi saya tidak sempat study maka akhirnya kami makan di Little India sebab ada tulis halal. Boleh tengok kat website muslim travel. Ada senarai restoran yang halal.



Habis dah makan sambung shopping selepas itu pulang ke pangkal jalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan