Hari ke 5, sarapan dengan roti yang dibeli
semalam di Iteawon. Hari ini kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan pemandu
pelancong. Kami memilih SUNBURST TOUR. Banyak pakej-pakej yang ditawarkan,
boleh pilih berjalan-jalan satu hari ataupun setengah hari. Hari ini kami
memilih untuk mengambil Full Day Tour for Korean Culture Experience and Royal Palace dengan bayaran 103 000 won
seorang. Bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Van pelancong akan
datang ke hotel untuk mengambil kami. Destinasi pertama kami adalah
perkampungan tradisional Bukchon yang masih lagi didiami sehingga sekarang.
Jangan buat bising di sini. Hormati tuan
rumah yang mahu beristirehat.
Nama jalan tempat di mana kami
berjalan-jalan
Bukchon Hanok Village terletak berdekatan dengan Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace dan Jongmyo Shrine. Boleh datang ke sini menaiki subway dan berhenti di Anguk Station, Line 3, Exit 2. Ramai yang datang ke sini untuk photo-shoot atau hanya berjalan-jalan seperti kami.
Luar rumah
Kebanyakan rumah-rumah disini masih lagi
mengekalkan seni bina rumah tradisonal korea dengan sedikit sentuhan moden.
Kalau bernasib baik tuan rumah akan menjemput masuk ke dalam minum-minum teh (
ok part minum teh itu tak pasti).
Destinasi seterusnya, KIMCHI WORLD.
Kami akan belajar membuat Kimchi, makanan
tradisional Korea yang terkenal di dunia. Resepinya adalah kobis yang sudah
di rendam dengan air garam semalaman, selepas itu dibersihkan, yang warna merah
itu adalah campuran, udang kering, bawang putih, buah pir dan lobak putih yang di sagat dan yang paling penting pes cili.
Ambil campuran tadi letak di setiap kelopak
kubis cina tadi.
Siap sudah kimchi kami
Bungkus ketat-ketat dengan plastic, masukkan ke dalam balang. Boleh tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk, makin lama
makin sedap. Di Kimchi World juga ada disediakan pakaian tradisonal Korea, Han-Bok untuk dipakai untuk bergambar secara percuma.
Suka warna han-bok warna pastel
Warna merah untuk permaisuri.
Walaupun tidak banyak pilihan, namun puas hati dapat bergambar berpakaian Hanbok
Sambil menunggu van, bergambar sebentar dengan pemandu pelancong kami, Miss Jesicca. Selepas ini kami ke Insadong untuk makan tengah hari. Makan tengah hari tidak disediakan, cari sendiri, selepas itu kami berkumpul semula menuju ke Changdeokgung Palace.
Donhwanmun Gate, pintu masuk kawasan istana. Changdeokgung Palace adalah istana kedua selepas Geongbukgung Palace yang didiami golongan diraja pada zaman dulu. Walaupun kami puas menjelajah kawasan istana di Geongbukgung Palace, namun di sini kami lebih banyak belajar tentang sejarah kerabat diraja dan istana dari penjelasan pemandu pelancong. Baru kami perasan semua kawasan istana diliputi dengan pasir, tujuan utamanya adalah untuk mengesan pergerakan di sekitar istana untuk keselamatan.
Selesai berjalan-jalan di istana, kami dibawa membeli belah di Nandaemun Market. Di sini banyak kedai cenderamata. Sempat menambah sedikit ole-ole untuk dibawa pulang. Selepas puas membeli belah, kami dihantar pulang ke hotel masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan