Isnin, 10 Ogos 2015

KE KOREA KE KITA:Day 2: One Piece Memorial Log

Assalamualaikum



Miraaa. Ada One Piece la. Jum masuk..


One Piece?? Aku tak follow sangat cerita budak getah nih. Aku layan Bleach je. Tapi why not. Jum. Kat Malaysia tak dek.


Rupa-rupanya ada One Piece Memorial Log di sini. Salah satu kelebihan berjalan tanpa ada pemandu pelancong adalah boleh berjalan-jalan tanpa ada sekatan masa dan boleh pergi ke mana-mana sahaja ikut suka. Bayaran masuk ke exhibition ini 15 000 won.  


One Piece adalah anime yang berasal dari Negara Matahari Terbit, Jepun. Anime yang menceritakan pengembaraan seorang budak, Monkey D. Luffy, (di Malaysia di panggil Budak Getah) yang mempunyai kuasa badan yang boleh dilentur seperti getah selepas termakan Devil Fruit. Mempunyai krew lanun yang di panggil Straw Hat Pirates, Luffy menerokai laut untuk mencari harta karun yang dikenali sebagai “One Piece” untuk menjadi Raja Lanun (baik, nampak sangat google maklumat pasal anime One Piece, yela tak mengikuti anime ni kan.)  


Antara watak-watak  dalam anime One Piece : Luffy, Franky, Chopper, Zorro, Usopp, Robin, Sanji, Nami dan Brook.
Hai Buggy. Tengah terbang ke mana tu?
Nak masuk laut kene lalu kawasan Jimbei dulu. Hornet kata siput tu sebenarnya telefon. Akan berubah bentuk mengikut rupa pemanggil.
Jimbei, jom wefie sama-sama. Tahu tak wefie tu apa Jimbei? Cer senyum sikit.
White beard (Edward Newgate) yang tinggi.

Sengoku tengah nak bagi tahu siapa ayah Ace.
Dracule Mihawk, kalau berani kita lawan pedang.
Ace and Luffy's last battle together
Babak semasa Ace dah nak mati
Monkey D. Luffy with Straw Hat Pirates crew
Chopper yang comel
Rasa nak bawak satu patung balik Malaysia je.

Sebenarnya ada satu bahagian di dalam exhabition ini kesemua ilutrasi lukisan tangan setiap karakter beserta jalan cerita (story line). Tapi tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.





Lawa sangat kad holder ini, tapi kalau beli nanti bajet lari, nanti kene makan maggi je, maka hanya beli poskad untuk kenangan. Tapi balik Malaysia bagi ke Afini, labmates yang kipas susah mati (die hard fan) One Piece. Sebab kalau saya simpan nanti kurang di hargai.


Sebelum keluar, cuba melukis namun memang tiada bakat.
Yang ini lawa
Sudah habis, mari kita keluar
Lapar, mari kita cari makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan