Jumaat, 7 Ogos 2015

KOREA SELATAN:Hari 2: The War Memorial of Korea

Assalamualaikum..

Selepas sarapan kami memulakan misi untuk menerokai Kota Seoul. Destinasi pertama kami adalah The War Memorial of Korea. Berdasarkan dari peta, tempat ini tidak jauh dari tempat penginapan kami, maka kami hanya berjalan kaki sahaja. Memang tidak jauh sangat pun, dalam 15 minit berjalan kaki. Sampai di sini kami berjalan-jalan dahulu di kawasan luar sementara cuaca belum panas lagi sebab masih pagi.


Statue of Brothers

Dalam dome ada ilutrasi peperangan yang di perbuat dari jubin.
Dari jauh macam lukisan


Tower of Korean War


The Statues Defending the Fatherland

Bangunan utama The War Memorial of Korea.

Untuk mendapat gambar yang cantik, tiada orang lalu lalang, sila datang awal, sebab masa kami sampai ke tangga bangunan, berduyun-duyun pelancong sampai dengan bas.
Kebebasan itu bukan percuma
 
Tangga untuk masuk ke pintu utama.
Masuk percuma. Di buka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan di tutup pada hari isnin. Dalam bangunan ada 6 dewan: Memorial Hall, War History, Korean War, Expeditionary Forces Room, ROK Armed Forces Room, dan Large Equipment Room. Di dalam dewan-dewan ini mempamerkan senjata-senjata dan peralatan peperangan yang di gunakan dari Dinasti Joseon sehingga ke zaman moden. 


Drum yang didedikasikan kepada Republic of Korea (ROK) Armed Forces.

Berwefie dengan patung jeneral perang yang banyak berjasa dalam peperangan korea.

Perisai yang digunakan untuk mengelak terkena anak panah.
Replika salah satu kapal perang yang digunakan pada Perang Sacheon. Di namakan sebagai Turtleship of Geobukseon sebab mirip kepada turtle (penyu).

Siapa yang mahu belajar cara bermain pedang boleh ikut gambar ini.
Siapa yang tengok Running Man mesti pernah nampak benda ini. Ini namanya The Hwacha (Mobile Firearms Launcher). Senjata yang di reka untuk memanah sekumpulan besar tentera dengan sekali bidikan. 



Beli air gedegang sebab lupa bawa botol air. Tidak perlu risau air habis, kebanyakan kawasan tumpuan pelancong di sediakan dengan water filter. Ambil dengan percuma. Kami dah puas berjalan lebih kurang 2 jam dalam banguan. Tidak sedar pun. Kami nak keluar ke kawasan luar bangunan utama sebab ada replika kapal terbang, kapal dan kereta kebal. 

Sebelum keluar bangunan kami singgah sekejap ke kedai cenderamata. Hajat mahu membeli sedikit cenderamata, tetapi apa yang kami lihat sangat mengujakan terutamanya Hornet. Apakah???


WANTED DEAD OR ALIVE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan